Aku perlukan telinga untuk dengar.
Aku perlukan mulut untuk cakap.
aku nk dengar orang bercerita. Sekarang.
Ya sekarang.
Friday, 30 August 2013
sekarang
Soalan aku pada tuhan
Ada soalan yang aku tanya pada tuhan
Dia bagi jawapan
Tapi,
Tak sama macam yang aku harapkan.
aku tanya tuhan lagi
Dia bagi jawapan yang sama
Aku tanya lagi
Dia bagi jawapan yang sama
Lagi lagi lagi
Apa lagi aku nak persoalkan?
Thursday, 29 August 2013
Bunga matahari
Dalam banyak-Banyak bunga, awak suka bunga apa?
Bunga matahari.
Peliknya.
Apa yang pelik?
Bunga matahari tak cantik pun, tak wangi pun, tak menarik pun. Macammana boleh suka?
Bunga matahari tu penyeri. lihat aja dah mampu buat kita senyum. Rasa indah dalam hati.
ohh. Gitu. Macam manusia lah ya. bak kata orang, Beauty is on the eye of beholder
*dia angguk kepala sambil senyum. Hati dia pun buka simpulan suara, "Sempurnanya seorang awak pada mata hati saya"*
*awak balas senyum dia dan monolog sorang-sorang, " ya tuhan, indahnya matahari depan mata. Jaga dia baik-baik untuk aku biar nanti aku boleh ambil buat penyeri sampai sorga"
Monday, 12 August 2013
1.11 am
run run run
back to my arms,and they will hold you down
Monday, 22 July 2013
Perempuan aku tak pernah kenal.
Perempuan,
Aku tak pernah kenal.
Tapi diakah species tulang rusuk yg sepadan dan paling rare?
perempuan,
Aku tak pernah kenal,
Tapi kalau dah berkenan
Tak salah kalau terus jumpa wali mintak izin ye dak?
apa kelas jadi lelaki murah tabur janji tepi jalan.
Perempuan,
Aku tak pernah kenal.
Sudi tak kalau saya jadi imam anak pak cik?.
Macamni baru anak jantan.
-Lelaki bin jantan.-
Friday, 19 July 2013
Kentut
Bukan dari golongan hamka pernah berkata,
Bila jatuh cinta, kita rasa mancam nak kentut depan orang.
Nak tahan susah nak lepas pun susah.
Tapi bila dah terkentut,
Rasa lain pula. Lega. Malu. Lepastu ada bau.
Kalau orang tahu lagi segan tahap kuasa dua.
Cuma,
Masalahnya sekarang,
Macammana nak kentut kalau x rasa apa-apa tapi orang lain suruh kentut jugak sampai bunyi.
Macam mana?
Tuesday, 25 June 2013
Hati
Hati,
Rehatlah. Puasa biar kurus nafsu sendiri.
Hati,
Rehatlah. Tidur dan bermimpi jumpa cinta milik abadi.
Hati,
Rehatlah. Makan ayat-ayat cinta biar berisi roh dalam hati.
Hati,
Rehatlah. Biar esok tak tersesal nanti.
Hati,
Rehatlah. DIA sentiasa ada di sisi.
Cinta.
Cinta,
Bawalah aku ke sorga impian.
Bawalah aku cari tuhan.
Aku pelupa.
Bila aku letak sorga atas kepala.
Terdongak melihat impian tanpa kaki menjejak realiti.
Rupa-rupanya payah juga bermimpikan cinta tuhan,
Bila mata pandang dunia indah seperti bulan.
Cinta,
Bawalah aku ke sorga impian.
Aku mahu cari tuhan.