run run run
back to my arms,and they will hold you down
Perempuan,
Aku tak pernah kenal.
Tapi diakah species tulang rusuk yg sepadan dan paling rare?
perempuan,
Aku tak pernah kenal,
Tapi kalau dah berkenan
Tak salah kalau terus jumpa wali mintak izin ye dak?
apa kelas jadi lelaki murah tabur janji tepi jalan.
Perempuan,
Aku tak pernah kenal.
Sudi tak kalau saya jadi imam anak pak cik?.
Macamni baru anak jantan.
-Lelaki bin jantan.-
Bukan dari golongan hamka pernah berkata,
Bila jatuh cinta, kita rasa mancam nak kentut depan orang.
Nak tahan susah nak lepas pun susah.
Tapi bila dah terkentut,
Rasa lain pula. Lega. Malu. Lepastu ada bau.
Kalau orang tahu lagi segan tahap kuasa dua.
Cuma,
Masalahnya sekarang,
Macammana nak kentut kalau x rasa apa-apa tapi orang lain suruh kentut jugak sampai bunyi.
Macam mana?
Hati,
Rehatlah. Puasa biar kurus nafsu sendiri.
Hati,
Rehatlah. Tidur dan bermimpi jumpa cinta milik abadi.
Hati,
Rehatlah. Makan ayat-ayat cinta biar berisi roh dalam hati.
Hati,
Rehatlah. Biar esok tak tersesal nanti.
Hati,
Rehatlah. DIA sentiasa ada di sisi.
Cinta,
Bawalah aku ke sorga impian.
Bawalah aku cari tuhan.
Aku pelupa.
Bila aku letak sorga atas kepala.
Terdongak melihat impian tanpa kaki menjejak realiti.
Rupa-rupanya payah juga bermimpikan cinta tuhan,
Bila mata pandang dunia indah seperti bulan.
Cinta,
Bawalah aku ke sorga impian.
Aku mahu cari tuhan.