Tuesday 25 June 2013

Hati

Hati,
Rehatlah. Puasa biar kurus nafsu sendiri.

Hati,
Rehatlah. Tidur dan bermimpi jumpa cinta milik abadi.

Hati,
Rehatlah. Makan ayat-ayat cinta biar berisi roh dalam hati.

Hati,
Rehatlah. Biar esok tak tersesal nanti.

Hati,
Rehatlah. DIA sentiasa ada di sisi.

Cinta.

Cinta,
Bawalah aku ke sorga impian.
Bawalah aku cari tuhan.

Aku pelupa.
Bila aku letak sorga atas kepala.
Terdongak melihat impian tanpa kaki menjejak realiti.
Rupa-rupanya payah juga bermimpikan cinta tuhan,
Bila mata pandang dunia indah seperti bulan.

Cinta,
Bawalah aku ke sorga impian.
Aku mahu cari tuhan.